Saya rindu Raiz
Raiz merupakan sebuah aplikasi pelaburan robo-advisor yang saya pernah guna dulu.
Assalamualaikum w.b.t. Korang pernah dengar tak pasal apps pelaburan, Raiz? Raiz ni adalah sebuah aplikasi pelaburan robo-advisor yang pernah keluar dulu untuk orang-orang biasa macam kita ni melabur di Bursa Malaysia (Saham Malaysia). Fungsi Raiz ni sama je dengan robo-advisor yang lain seperti Wahed Invest dan Ria ASNB. Korang depositkan duit korang dalam Raiz dan dia tolong laburkan duit korang dalam Bursa Malaysia. Dalam aplikasi Robo-advisor macam Raiz ni, korang boleh analyze risk tolerance korang, samada high, medium atau low. Dalam dunia pelaburan, risk tolerance ni bermaksud berapa banyak risiko yang korang boleh tahan dalam pelaburan yang korang ceburi tu. Mungkin saya boleh buat artikel lain pulak in the future pasal risk tolerance ni. Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh komen pada post ni dan insyaallah saya akan tunaikan.
Pengalaman saya.
Saya start melabur dalam Raiz ni tak silap saya Julai 2023. Masa tu tak tau apa-apa pun pasal melabur ni. Masa tu saya even ingatkan melabur dekat saham ni haram. Jahil betul saya waktu tu. Jadi ceritanya, saya dengar satu video oleh Dr Adam Zubir dekat youtube cakap pasal Robo-advisor ni. Dia comparekan Raiz, Wahed dan BIMB Invest. Pertama sekali, saya invest kat Wahed sebab fikirkan yang kita akan melabur kat pasaran US. Wahhh, terasa macam gah la melabur kat US ni kan? Tapi waktu saya labur dalam Wahed tu, time tu jugak lah tengah top of bull run dekat US. Harga saham US masa tu mahal sangat-sangat. So, memang silap betul lah saya labur time tu sebab beli saham US yang tengah mahal. Jadi saya nampak portfolio saya tak berkembang-kembang, malah negatif lagi. Time tu pon saya tak belajar teknik-teknik pelaburan apa-apa dan jahil sangat tentang pelaburang saham ni. Apa yang saya buat time tu adalah saya masukkan duit yang saya nak labur sekaligus pada satu masa dalam Wahed dan saya expect duit tu berkembang dengan jayanya, which sebenarnya cara tu salah. Saya pon terasa down sangat dengan pelaburan saya kat Wahed time tu. Put aside kes kerugian saya tu, saya pon rasa macam interface apps Wahed ni agak susah nak guna dan tak menarik macam Raiz.
Kenapa saya suka Raiz?
Sebabkan pengalaman saya dekat Wahed dah macam tu, saya pon try explore robo-advisor yang lain sebab time tu terdesak sangat nak cari jalan untuk melabur selain di Tabung Haji dan ASB. Saya try la Raiz. Perbezaan interfacenya seperti langit dan bumi. Di Wahed apps, nampak tak berapa menarik sangat tapi di Raiz, sangat berwarna-warni, dan penuh dengan warna hijau, warna favourite saya. Lagi satu yang saya suka dengan Raiz ni adalah dia ada round-up function. Round-up function ni bermaksud Raiz akan bundarkan perbelanjaan korang kepada jumlah besar yang terdekat dan jumlah yang digunakan untuk bundaran itu akan automatic dimasukkan ke dalam Raiz untuk dilaburkan. Saya bagi contoh, korang belanja RM6.80 beli nasi goreng. RM7.00 akan ditolak dari bank akaun korang. RM0.20 yang digunakan untuk bundarkan tu akan automatic dilaburkan ke akaun pelaburan korang dalam Raiz. Mudah kan? Ia jadi macam korang menabung dan melabur tanpa korang sedar sebab Raiz ambil sikit demi sedikit duit korang daripada setiap transaksi yang korang buat melalui debit kad korang. Sekali-sekala tengok jumlah dekat apps Raiz, terkejut ‘Eh, dah banyak la duit dalam Raiz ni’. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, betul tak?
Lagi satu sebab kenapa saya suka Raiz ni adalah sebab waktu saya masuk Raiz ni, Bursa Malaysia baru nak start rally (trend menaik). So, betul-betul lepas labur dengan Raiz, saya dah boleh nampak pulangan daripada pelaburan saya dah. Saya ingat lagi, last time saya nak jual pelaburan saya di Raiz, saya dapat untung lebih kurang 14% daripada jumlah yang saya masukkan. Contoh, kalau saya masukkan RM1500 dalam Raiz, duit tu dah berkembang kepada RM1710. Maksudnya, saya dah untung RM210 daripada pelaburan di Raiz kalau saya melabur RM1500. The reason saya keluarkan duit saya daripada Raiz pon sebenarnya sebab saya dengar Raiz Malaysia akan ditutup dan berhenti beroperasi. Saya nampak notis penutupan dalam apps Raiz tu sendiri. Ia kata semua akaun pengguna Raiz akan automatic ditutup pada bulan September 2024 dan semua duit pengguna akan disalurkan balik ke bank akaun pengguna. Sedih betul saya time tu sebab saya suka sangat gunakan Raiz ni sebab interfacenya mudah dan banyak bagi untung pelaburan kat saya. Kalau lah ia masih operate lagi sekarang, saya rasa saya akan continue labur dalam Raiz sampai sekarang. Saya harap satu hari nanti akan ada apps Robo-advisor yang sebagus Raiz muncul di pasaran Malaysia atau lebih baik lagi, Raiz datang semula ke Malaysia.
Untuk sesiapa yang nak belajar dan start guna Robo-Advisor, jangan risau. Raiz bukan satu-satunya Robo-advisor di pasaran. Korang boleh guna Wahed Invest untuk melabur di pasaran US dan Ria ASNB untuk melabur di pasaran Malaysia. Saya pon masih lagi guna kedua-dua apps ni sampai sekarang. Kalau korang berminat untuk labur dalam kedua-dua apps ni, jangan segan silu untuk guna code saya waktu korang daftar dalam apps ni. Kita dua-dua akan dapat bonus, kalau korang daftar guna code yang saya bagi kat bawah ni.
Untuk Wahed Invest, korang boleh guna code saya yang tertera kat bawah ni. Korang akan dapat RM10.00 free kalau korang guna code saya ni waktu daftar. Korang kena melabur RM300 dalam Wahed Invest untuk dapat bonus RM10.00 ni.
MUHMOH6793
Untuk Ria ASNB, korang boleh guna code saya yang tertera kat bawah ni. Korang akan dapat RM10.00 free kalau korang guna code saya ni waktu daftar. Korang kene labur RM100 dalam mana-mana portfolio Ria untuk dapat bonus RM10.00 ni.
N8PDGF
Good luck dan selamat mencuba korang.
Ini adalah tips personal daripada saya dan bukannya nasihat kewangan. Saya bukan seorang penasihat kewangan berlesen. Saya syorkan korang buat research korang sendiri juga dan jangan ikut tips yang saya bagi ni secara membuta-tuli sahaja.
Saya faham ramai daripada kita sangat sibuk dengan kerja dan tak ada masa untuk belajar melabur dalam pelaburan saham atau mana-mana pelaburan lain. Sebab tu lah, apps seperti Raiz, Ria dan Wahed Invest ni sangat berguna sebab diorang tolong laburkan duit korang. Tapi walaupun apps ni tolong laburkan untuk korang, ada jugak teknik yang korang kene tahu supaya korang tak buat silap, macam yang saya cerita kat perenggan atas tadi. Sekiranya korang takde ilmu pelaburan saham dan korang nak labur di Robo-advisor apps ni, saya suggest korang jangan letak terus sekaligus semua duit korang yang korang nak labur. Instead, korang masukkan sikit-sikit guna function auto-invest / auto-labur yang ada dalam kedua-dua apps ni. Korang boleh letakkan function auto-labur ni kepada sebulan sekali atau seminggu sekali, ikut kemampuan dan kesenangan korang sendiri. Saya personally set function auto-labur ni pada hari gaji saya, dimana apps ni akan automatic tolak amount yang saya dah set untuk labur pada hari tu jugak. Function auto-labur ni bukan sahaja cara mudah untuk kita paksa diri kita menabung tapi juga ia membolehkan juga kita praktikkan satu teknik pelaburan ni yang dinamakan sebagai Dollar Cost Averaging (DCA). Saya akan terangkan lebih lanjut pasal DCA ni di artikel saya yang akan datang.
Disclaimer,
Saya bukanlah seorang penasihat kewangan berlesen. Apa sahaja yang saya cerita dalam posting saya adalah perkongsian semata-mata dan bukan untuk diikuti. Do your own research. Korang tentukan sendiri apa yang korang nak buat dengan duit korang. Saya tak bertanggungjawab atas kerugian daripada mana-mana pelaburan yang korang sertai.